Ketiga-tiga beranak meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada kepala dan badan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Asisten Superintendan Mohd Shamsuri Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila bas dari arah Machang itu menghala ke Pasir Puteh telah menggesel belakang motosikal yang dinaiki tiga beranak itu.

“Jenazah tiga beranak yang berasal dari dari Kampung Kolam Abu, Machang itu dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN ONLINE