Dalam kejadian pada kira-kira pukul 4.30 pagi itu, kenderaan jenis Toyota Wish yang dinaiki tiga beranak itu dalam perjalanan dari arah Sitiawan menghala Kuala Lumpur.

Menurut jurucakap bomba, kereta dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik ke dalam parit berair sedalam 2.5 meter.

Katanya, ketika tiba di tempat kejadian didapati ketiga-tiga mangsa berada di dalam kereta.

“Anggota bomba bertindak membetulkan kedudukan kereta sebelum membawa kesemua mangsa keluar.

“Pemeriksaan oleh pasukan perubatan di tempat kejadian mengesahkan ketiga-tiga mangsa telah meninggal dunia,’’ katanya. - UTUSAN ONLINE