Mangsa, Teoh Kow Leng, 41, dan Teoh Hwa Teik, 12, melecur di bahagian badan manakala Teoh Su Ping, 15, cedera dalam kebakaran kecil itu yang berlaku dalam kedai motosikal berkenaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam satu kenyataan memberitahu, kebakaran berpunca daripada minyak petrol yang menyebabkan mangsa terkena sambaran api.

“Bagaimanapun kebakaran tidak melibatkan struktur bangunan kedai tersebut. Mangsa yang melecur dan cedera dihantar ke Hospiptal Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan.

“Tujuh anggota dari Balai Bomba Tebrau dikejarkan ke tempat kejadian dan kebakaran itu dapat dikawal pukul 8.15 malam,” demikian menurut kenyataan tersebut. - UTUSAN ONLINE