Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 pagi itu, dua buah bas musnah 100 peratus manakala sebuah lagi terbakar 10 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya, Penolong Penguasa Bomba Sahidallah Osman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.27 pagi.

Katanya, seramai sembilan pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi pemadaman kebakaran.

"Kami berjaya mengawal keadaan dalam tempoh 15 minit sebelum kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya sejam kemudian. Operasi ditamatkan pada pukul 2.34 pagi," katanya.

Jelas Shahidallah, tindakan pantas anggotanya memadam kebakaran berjaya menyelamatkan sebuah bas daripada musnah terbakar sepenuh.

"Bas berkenaan hanya rosak terbakar 10 peratus. Bagaimanapun dua buah bas yang lain musnah 100 peratus terbakar," ujarnya. 

Katanya, tiada mangsa dilaporkan terkorban atau cedera dan punca kebakaran masih dalam siasatan. - UTUSAN ONLINE