Kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu dikatakan berlaku ketika kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 40-an yang bertugas di sini, dalam perjalanan menghala ke Rompin untuk menghadiri Program Satu Komuniti Satu JPJ.

Ketiga-tiga mereka bagaimanapun terselamat dalam kejadian tersebut dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Pengarah JPJ negeri, Datuk Mark Ujin yang mengesahkan kejadian itu berkata, ketiga-tiga anggotanya itu dibawa ke Hospital Pekan untuk mendapatkan rawatan.

“Mereka dibantu dikeluarkan oleh rakan setugas yang menaiki sebuah lagi kenderaan yang mengekori dari belakang. Saya bersyukur kerana mereka semua selamat,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE