Menurut Perdana Menteri, insiden tersebut belum sampai ke tahap kritikal sehingga kerajaan Perseketuan perlu mengisytiharkan darurat serta memindahkan penduduk di sekitar kawasan yang terjejas.

“Keadaan ini belum sampai ke tahap itu, sehingga kita perlu isytiharkan darurat, tetapi apa yang perlu ialah pihak yang bertugas bersiap sedia untuk menghadapi masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat mangsa-mangsa yang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam pada itu, beliau berpuas hati dengan tindakan pihak yang berkenaan dalam menangani isu pencemaran berkenaan.

“Melalui taklimat yang diterima sebentar tadi, pelbagai pihak yang ditugaskan menangani isu ini telah menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.

“Walaupun kes sebegini tidak berlaku, kita lihat pihak hospital dapat menanganinya dengan cekap dan berhasil,” katanya. - UTUSAN ONLINE