Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan hari ini menasihati rakyat Malaysia yang berada di Filipina supaya sentiasa berwaspada serta tidak mendekati kawasan pantai dan lautan di daerah-daerah berkaitan.

Daerah-daerah itu ialah Compostela Valley, Davao Del Norte, Davao Del Sur, Davao Oriental, Davao City, Sarangani, South Cotabato, Agusan Del Norte, Agusan Del Sur, Surigao Del Norte dan Surigao Del Sur.

"Memandangkan situasi masih belum stabil, rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk menangguhkan sebarang perjalanan yang tidak berkepentingan ke kawasan terlibat buat masa ini," kata kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dinasihatkan menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila menerusi Tel: +63 2 662 8200 atau +63 917 864 0761 (selepas waktu bekerja) atau melalui emel: [email protected]

Konsulat Jeneral Malaysia di Davao, Mindanao pula boleh dihubungi melalui Tel: +63 82 221 4050 atau +63 936 9684001 atau emel: [email protected]

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Manila dan Konsulat Jeneral Malaysia di Davao, Mindanao akan terus memantau perkembangan terkini di Filipina serta menyelaras tindakan dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai kejadian gempa. - BERNAMA