Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, laluan tersebut masih boleh digunakan walaupun hanya satu lorong dibuka sejak runtuhan itu berlaku.

"Jalan ini merupakan laluan utama yang menghubungkan negeri di Pantai Timur dan utara. Oleh itu kita masih membenarkan laluan ini digunakan walaupun hanya satu lorong dibuka.

"Diharap pengguna lebih berhati-hati ketika melalui kawasan runtuhan kerana runtuhan kecil masih berlaku dan petugas trafik diletakkan di kawasan ini untuk mengawal lalu lintas 24 jam demi keselamatan pengguna," katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau kawasan runtuhan dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE