Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tiada bencana alam berlaku di LPT

KEADAAN air yang melimpah di kawasan kerja penambahbaikan cerun di LPT berhampiran Lentang  di  Bent
KEADAAN air yang melimpah di kawasan kerja penambahbaikan cerun di LPT berhampiran Lentang di Bentong, Pahang. - UTUSAN ONLINE

BENTONG 20 Mac - Tiada bencana alam yang berlaku di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di sekitar daerah ini sehingga mengakibatkan kesesakan trafik seperti yang ditularkan oleh pelbagai pihak hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam daerah, Zulkhairi Adek Awang berkata, berdasarkan pemantauan pihaknya, kesesakan ekoran peningkatan kenderaan itu adalah disebabkan limpahan air di kawasan kerja penambahbaikan cerun bukit dekat Lentang di sini.

"Tiada bencana yang berlaku seperti ditularkan pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Berdasarkan pemantauan, hanya terdapat air yang memasuki kawasan lebuh raya memandangkan kerja pembinaan longkang sedang giat dilakukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam dan pengguna jalan raya supaya tidak panik serta mempercayai sebarang berita tanpa pengesahan pihak berkuasa.

Sementara itu, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Anih Berhad, Fazlyaton Hussein dalam satu kenyataan memaklumkan,  kesesakan trafik yang berlaku selepas terowong Genting Sempah arah Kuantan pada pukul  12.35 tengah hari ini berpunca daripada kemalangan  di laluan bertentangan iaitu di KM36.2 arah Kuala Lumpur.

Berikutan kejadian itu, katanya, pengguna yang menuju ke arah Kuantan memperlahankan kenderaan untuk melihat kemalangan tersebut.

Sementara itu, katanya, kesesakan di jalan susur masuk ke Genting Highlands dari Lebuhraya KL-Karak adalah berpunca daripada kejadian tanah runtuh kecil di KM17.3 menghala ke Genting Highlands.

 ''Ia adalah di luar kawasan had penyelenggaraan Lebuhraya KL-Karak,'' katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain