Pasangan berkenaan, suaminya yang berusia 74 tahun dan isterinya, 70 tahun, terperangkap di dalam lif ketika mahu keluar dari pasar raya berkenaan pada pukul 11.30 pagi kelmarin.

Lif yang dinaiki mereka tiba-tiba tidak berfungsi menyebabkan mereka terperangkap di dalamnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Mohd. Zamri Awang Long berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 1.04 petang semalam.

Menurutnya, apabila tiba di di lokasi kejadian, kedua-dua mangsa telah berjaya dikeluarkan dari lif oleh pihak pengurusan pasar raya tersebut.

"Kedua-dua warga emas tersebut ditemukan dalam keadaan keletihan kerana berada di dalam lif tersebut dalam tempoh yang panjang.

"Mereka kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB) di sini untuk menerima rawatan lanjut," katanya. - UTUSAN ONLINE