Jurucakap bomba berkata, ibu mangsa dikatakan meninggalkan sekejap anaknya bersendirian dalam sebuah kereta Perodua Viva di tempat letak kenderaan restoran itu untuk membeli makanan.

“Selesai membeli makanan, wanita itu terkejut dan cemas mendapati anak kecilnya itu sudah terkunci dalam kenderaan

“Anggota Bomba yang tiba di lokasi kejadian selepas menerima laporan, bertindak membuka pintu kenderaan tersebut menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kanak-kanak berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, setelah berjaya di keluarkan dengan selamat, mangsa telah diserahkan kepada ibunya. - UTUSAN ONLINE