Bagi Guru Sekolah Seksyen 4 Kota Damansara, Wan Zainab Wan Abdullah berkata, dia datang ke pusat tahfiz tersebut bagi menyerahkan sumbangan yang mula dikumpul sejak semalam dalam kalangan pelajar sekolah itu.


“Saya sangat sedih sebaik mengetahui berita yang menimpa mangsa dan terus membuat kutipan.Kami berharap dengan sumbangan tersebut, pihak pengurusan dapat membina pusat tahfiz yang baharu,” katanya disini hari ini.-UTUSAN ONLINE