Dalam kejadian pukul 4.30 pagi itu, tapir yang datang dari kawasan hutan berhampiran dilanggar kereta Toyota camry yang dipandu lelaki berusia 28 tahun.

Ketua Polis daerah, Superintenden Haslah Bachok berkata, lelaki berkenaan yang dalam perjalanan dari Bahau menuju ke Seremban bagaimanapun tidak cedera.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta tidak sempat mengelak seekor tapir yang tiba-tiba muncul melintas jalan di lokasi kejadian.

"Haiwan itu mati di tempat kejadian manakala kenderaan itu remuk teruk di bahagian hadapan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Haslah berkata, bangkai tapir dialihkan ke tepi jalan oleh orang ramai yang kemudian memaklumkan kejadian itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE