Haiwan yang dikategorikan sebagai terancam yang dianggarkan seberat 250 kilogram itu ditemukan penduduk kampung kira-kira pukul 2 petang sebelum memaklumkannya kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Pengarah Perhilitan negeri, Ahmad Azhar Mohammed berkata, tapir berkenaan didapati mengalami kecederaan pada bahagian muncung, kepala dan badan.

"Haiwan itu mungkin cuba menyeberangi jalan untuk mencari makanan sebelum dilanggar.

"Tapir dewasa ini dianggarkan berusia antara 15 hingga 18 tahun," katanya, di sini hari ini.

Menurut Ahmad Azhar, bangkai tapir itu dilupuskan dengan kaedah ditanam. - UTUSAN ONLINE