Malah, lebih menyedihkan mangsa berusia 27 tahun terpaksa menahan kesakitan selama 45 minit selain difahamkan telefon bimbit jenis Xiaomi milik mangsa berusia 27 tahun itu gagal ditemukan berikutan dibawa arus saluran tandas tersebut.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.40 petang apabila mangsa yang dalam keadaan cemas menjerit meminta pertolongan sebelum disedari rakan kilangnya yang lain.

Menurut Samsol Maarif, sejurus menerima panggilan kecemasan, seramai tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Pelabuhan Klang dikejarkan ke lokasi kejadian.

KEADAAN mangsa selepas tangannya tersangkut dalam mangkuk tandas di sebuah kilang di Bandar Sultan

KEADAAN  mangsa selepas tangannya tersangkut dalam mangkuk tandas di sebuah kilang di Bandar Sultan Sulaiman, Klang, semalam. - UTUSAN ONLINE

“Siasatan awal mendapati mangsa mengakui tangannya tersangkut berikutan cuba mengambil telefon bimbit miliknya yang terjatuh dalam saluran tandas tersebut.

“Kami mengambil masa kira-kira 45 minit untuk mengeluarkan tangan mangsa. Namun, mangsa hanya mengalami bengkak di bahagian atas lengan kanan dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk menerima rawatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE