Ekoran kejadian itu, kanak-kanak berkenaan, Ayie Jery dibawa ke Hospital Raub bagi mendapatkan rawatan susulan.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya mendapat panggilan daripada Hospital Raub kira-kira pukul 3.02 petang bagi mendapatkan bantuan memotong besi itu.

"Empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub ke hospital berkenaan bagi menjalankan khidmat khas memotong besi panah ikan di tangan kanak-kanak berkenaan.

"Anggota terlibat menggunakan 'bolt cutter' untuk memotong besi tersebut. Kerja memotong besi selesai kira-kira setengah jam," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mohd. Sani berkata, setelah besi siap dipotong, kes diserahkan kepada Hospital Raub untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE