Menurut Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, perkara itu berikutan secara gambaran di lokasi bencana, tragedi itu adalah disebabkan tanah runtuh dan hujan lebat pada awal pagi sebelum kejadian.

Bagaimanapun, tambah beliau, suruhanjaya siasatan itu akan turut dibincangkan dan ditubuhkan sekiranya dilihat perlu.

“Jadi pihak kontraktor dan jurutera bertanggungjawab boleh mengeluarkan hasil siasatan mereka mengapa kejadian tanah runtuh itu berlaku (jika suruhanjaya siasatan ditubuhkan),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kon Yeow memaklumkan, suruhanjaya siasatan yang ditubuhkan bagi kes tanah runtuh di tapak projek di Tanjung Bungah yang mengorbankan 11 nyawa tahun lalu masih belum melengkapkan siasatan berhubung kejadian tersebut.

Katanya, suruhanjaya siasatan itu diberikan penangguhan selama enam bulan lagi iaitu tambahan kepada penangguhan selama tiga bulan sebelum ini untuk melengkapkan siasatan.

“Kerajaan negeri sehingga kini masih menunggu hasil siasatan daripada suruhanjaya itu berhubung kes tersebut,” katanya. - UTUSAN ONLINE