Mayat Kuok Wern dituntut bapanya, Yuan Beng Chong, 58, dan ibunya, Yeow Chooi Keng, 56, kira-kira pukul 5.10 petang.

Menurut kenalan rapat keluarga itu, David Giam, mayat akan dibawa ke rumah keluarganya di Sungai Ara di sini untuk upacara penghormatan terakhir sebelum dikebumikan Jumaat ini.

Kuok Wern bersama 10 pekerja asing maut selepas tanah runtuh menimpa tapak binaan projek pembinaan di Jalan Lembah Permai dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu. - UTUSAN ONLINE