Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tanah runtuh di Taman Suria

RUNTUH
KEADAAN tanah runtuh dari tapak pembinaan mengakibatkan 10 buah rumah di Taman Suria, Johor Bahru, Johor, terjejas petang tadi.

JOHOR BAHRU 8 Sept. - Hujan lebat selama beberapa jam petang tadi mengakibatkan tanah runtuh di belakang 10 rumah buah di Taman Suria di sini pukul 5.43 petang tadi.


Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku terhadap penghuni di rumah terbabit semasa kejadian itu.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, sistem perparitan yang tidak sempurna dan hujan lebat menyebabkan lumpur dari tapak pembinaan di belakang kediaman berkenaan turun ke kawasan perumahan.


“Keadaan di lokasi kejadian baik dan terkawal. Pihak bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah dikejarkan ke lokasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain