Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dan kerosakan harta dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu.

Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata, kejadian berkenaan menyebabkan hampir sebahagian jalan sepanjang kira-kira 50 meter mengalami runtuhan.

"Namun, laluan ke Cameron Highlands berkenaan tidak ditutup dan masih boleh dilalui oleh kenderaan melalui satu lorong.

"Kita telah meletakkan papan tanda amaran dan melakukan pemantauan. Pengguna jalan raya diminta berhati-hati dengan kemungkinan runtuhan lebih besar ," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE