Seramai 168 penghuni rumah tersebut yang terdiri daripada 112 lelaki dan 56 wanita terpaksa dipindahkan ke blok berhampiran dalam kawasan tersebut.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Timbalan Penguasa Bomba, Suhaimi Jamal,

tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian tersebut.

"Tindakan membersihkan sisa runtuhan tanah dalam rumah itu dilakukan malam tadi dan kita turut membantu memindahkan penghuninya ke kawasan rumah pengurusan berhampiran.

"Operasi pembersihan siap dilakukan pukul 8.40 malam tadi," katanya ketika dihubungi. - UTUSAN ONLINE