Jari mangsa, Norhaliza Idris,30, dikatakan tersepit ketika sedang memproses ikan pada mesin pengisar tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, mangsa dari Kampung Gaal di sini dibawa ke balai bomba berkenaan kira-kira pukul 3.57 petang oleh ahli keluarganya.

“Sepasukan empat anggota bomba yang diketuai Pegawai Bomba Tuan Rukiman Tuan Ab. Rahman berusaha meleraikan mesin itu dan berjaya melepaskan jari mangsa yang tersepit dalam tempoh 43 minit.

“Difahamkan wanita tersebut mengusahakan penghasilan keropok bagi perniagaan kecil-kecilan menerusi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di rumahnya.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di sini.- UTUSAN ONLINE