Jabatan Kemajuan Masyarakat dalam kenyataan memaklumkan, penutupan sementara itu bermula esok sehingga dimaklumkan kelak.

“Pihak pengurusan tertinggi Kemas memutuskan penangguhan operasi bagi memastikan tiada pelajar terkesan dengan pencemaran toksik di Sungai Kim Kim yang melanda Pasir Gudang ketika ini,” jelas jabatan itu hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, di Pasir Gudang, sebanyak 64 buah Tabika membabitkan 1,623 kanak-kanak manakala sebuah Taska Kemas melibatkan 22 kanak-kanak. - UTUSAN ONLINE