Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan berkata, kejadian pada pukul 4.40 petang itu menyebabkan Keseluruhan surau tersebut musnah.

Menurut beliau, seramai 14 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dan Tampin bergegas ke lokasi kejadian bersama dua jentera sebaik menerima panggilan pukul 4.41 petang.

“Apabila tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian, api sudah marak membakar surau berkenaan.

“Walaupun kerja memadamkan api dilakukan dengan pantas, surau berukuran 487 meter persegi itu tidak dapat diselamatkan kerana hampir keseluruhan surau dibina daripada kayu,” katanya di sini hari ini.

Ujarnya, anggota bomba berjaya mengawal kebakaran pada pukul 5.13 petang dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. - UTUSAN ONLINE