Dalam kejadian kira-kira pukul 11.55 pagi tadi, sebuah lori hilang kawalan sehingga memasuki lorong motosikal dan merempuh sebuah motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri.

Akibatnya, Mohd. Saifuddin Ahmad dan Hasnah Ahmad, masing-masing berusia 33 tahun yang menaiki motosikal itu terseret sejauh kira-kira 30 meter dengan Mohd. Saifuddin terperosok di bawah lori.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, akibat kejadian itu, Mohd. Saifuddin kini koma manakala Hasnah mengalami kecederaan patah tulang rusuk dan dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini. – UTUSAN ONLINE