Mangsa, Chong Chin Sin, 71, dan isterinya, Tan Ah Yeng, 70, pekerja kedai hardware maut dalam salah satu premis itu.


Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail berkata, pihakya menerima maklumat berhubung kebakaran itu pada 3.45 pagi.


“Sejurus menerima maklumat, lapan anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan sebaik tiba, kita mendapati kebakaran itu melibatkan sebuah bengkel motosikal, kedai hardware dan kedai menjual televisyen,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Tambahnya, punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.-UTUSAN ONLINE