Ketua Polis Daerah, Superintenden Ismail Ibrahim berkata, kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu menyebabkan mangsa Noordin Othman, 71, dan isterinya, Hasnah Ahmad, 55 maut  di lokasi kejadian.

"Siasatan awal mendapati motosikal dinaiki kedua-dua mangsa mengubah haluan dari kiri ke kanan untuk membuat pusingan U.

"Tindakan itu menyebabkan sebuah kereta dipandu seorang penjawat awam berusia 54 tahun tidak sempat mengelak, lalu melanggar motosikal dinaiki kedua-dua mangsa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan kejadian itu berlaku ketika pasangan suami isteri tersebut dalam perjalanan menuju ke kebun getah mereka yang terletak di kawasan berhampiran.  

Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE