Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, dalam kejadian pukul 7.15 pagi itu, Wahadi Jamos, 62, dan isterinya, Rokiah Jangi, 65, meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.

Beliau berkata, ketika kejadian kedua-dua mangsa yang berasal dari Sri Medan di sini sedang dalam perjalanan dari arah Tongkang Pechah menghala ke bandar Batu Pahat.

“Apabila sampai di tempat kejadian pemandu kereta Perodua Viva dari arah bertentangan memasuki laluan kanan jalan, akibat tindakan itu berlaku perlanggaran antara motosikal jenis Honda Class 1 yang ditunggang kedua-dua mangsa dan kereta dinaiki seorang lelaki dan wanita.

“Akibat perlanggaran tersebut kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang kereta tidak sedarkan diri dan dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail di sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebantar tadi.

Abdul Wahib berkata, saksi kejadian melihat kereta tersebut dipandu laju dan ke arah kiri kanan jalan. - UTUSAN ONLINE