Pegawai Bomba dan Penyelamat Pontian, Pegawai Bomba Kanan 11, Abdul Sani Mat Jani berkata, pasangan tersebut, Ahmad Mohd. Noor, 49, dan Rohana Kosnan, 46, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Pihaknya menerima panggilan daripada orang  awam pada pukul  3.39 dan sebuah jentera dengan lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Dua kenderaan dipercayai bertembung dan mangsa yang tersepit meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Walau bagaimanapun, pemandu treler tidak mengalami kecederaan. - UTUSAN ONLINE