Pasangan yang maut ialah pemandu kende­raan Perodua Alza, Mohd. Fadzil Noh, 37, dan isteri, Julaiha Senin, 36, sementara rakannya yang juga penumpang di bahagian belakang kende­raan ter­sebut, Ramadan Sat­ri, 33, parah.

Turut parah pemandu pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton, Mohamad Azrul Hamdi Rosman, 17, beralamat Kampung Gembut, Tanjung Sedili dan penunggang motosikal Yamaha RXZ, Fazidatulakhmar Safiee, 35, dari Batu 1, Tanjung Sedili.

Ketua Polis daerah, Superintenden Rahmat Othman berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 5.35 petang melibatkan tiga buah kenderaan.

Menurutnya, kemalangan di­per­cayai berlaku apabila Mitsubishi Triton yang menghala ke Kota Tinggi cuba memotong sebuah kenderaan di depannya sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Alza yang datang dari arah bertentangan.

“Pada masa yang sama penunggang motosikal Yamaha RXZ yang berada di belakang Perodua Alza yang dinaiki pasangan malang itu tidak sempat mengelak dan me­langgar bahagian belakang se­belah kanan kereta tersebut.

“Akibat pelanggaran tersebut, pasa­ngan itu iaitu pemandu dan penumpang hadapan Perodua Alza meninggal dunia di­ tempat kejadian di­percayai akibat kece­deraan parah.

“Pemandu pacuan empat roda pula me­ngalami kecederaan pa­­rah pada bahagian kepala dan koma, sementara penunggang motosikal cedera pa­rah. Mereka mendapat rawatan di Hospital Ko­ta Tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujar Rahmat, hasil siasatan awal menda­pati kemalangan berpunca daripada ke­cuai­an pemandu pacuan empat roda yang memasuki laluan bertentangan.

“Tempat kejadian adalah jalan selekoh menuruni bukit ke arah Kota Tinggi. Permukaan jalan basah dan semasa kejadian hujan lebat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ­katanya.