Dalam kejadian difahamkan berlaku kira-kira pukul 12.20 tengah hari itu, stor terbabit yang dianggarkan seluas kira-kira 298 meter persegi 90 peratus telah musnah bersama sebuah lori yang diparkir berhampiran premis tersebut.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilapor terkorban atau cedera dalam kejadian itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang, Azmi Abbas ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai mengenai kejadian itu pada pukul 12.23 tengah hari.

Katanya, seramai 26 anggota termasuk pegawai dari BBP Tanjong Karang, BBP Sekinchan dan BBP Kuala Selangor terlibat dalam operasi memadam kebakaran tersebut sebelum api dapat dikawal dalam kira-kira 15 minit kemudian.

“Pada masa sama, sebuah rumah kediaman berkeluasan kira-kira 447 meter persegi yang bersambung dengan dengan stor itu berjaya diselamatkan daripada turut musnah,” katanya.

Tambah Azmi, kerja-kerja pemadaman api berjaya ditangnai sepenuhnya dalam tempoh dua jam kemudian sebelum operasi ditamatkan pada pukul 3.05 petang.

Namun, punca kejadian termasuk jumlah kerugian masih dalam siasatan pihaknya. - UTUSAN ONLINE