Ketua Bomba Zon Samarahan, Azman Julaihi berkata, kebakaran kira-kira pukul 4.05 pagi itu mengakibatkan stor berkenaan musnah 100 peratus manakala bengkel pada tahap 70 peratus.

Katanya, bomba yang menerima panggilan beberapa minit kemudian segera ke lokasi kejadian bagi kerja-kerja memadamkan kebakaran.

“Setibanya di lokasi kejadian, api semakin marak dan bomba segera memadamkannya menggunakan sumber air terbuka.

“Kerja-kerja pemadaman sepenuhnya masih giat dijalankan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Tambahnya, punca kebakaran masih lagi dalam siasatan dan kerugian keseluruhan dianggarkan RM3 juta. - UTUSAN ONLINE