Sebanyak 318 calon SPM dan 65 calon STPM sekolah itu selamat menduduki peperiksaan itu pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata,

selain itu, di SMK Datuk Bijaya Setia di sini yang turut terjejas akibat banjir turut melibatkan sebanyak 309 calon SPM dan 50 calon STPM.

“Alhamdulillah perjalanan peperiksaan itu di kedua-dua sekolah yang terjejas itu lancar.

“Semua pihak mengatur persiapan lengkap agar calon berkenaan dapat menduduki peperiksaan dengan selesa walaupun kedua-dua sekolah itu teruk terjejas akibat banjir itu,” katanya ketika meninjau SMK Bedong di sini hari ini.

Katanya, pihaknya akan berbincang secepat mungkin dengan Kementerian Pendidikan bagi proses pembaikan sekolah itu.

Sebanyak 34,672 calon menduduki peperiksaan SPM di seluruh negeri ini hari ini yang melibatkan 261 sekolah dan 68 pusat calon persendirian. - UTUSAN ONLINE