Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, bangunan jenis kayu yang menempatkan pejabat pentadbiran, bilik guru, kelas tahun 1, penempatan buku teks dan makmal komputer terbakar 100 peratus.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.13 petang dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi memadam api tamat pada pukul 7.25 malam," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE