Kejadian itu disedari pekerja penyelenggara yang membuat pemeriksaan pada pukul 6.40 pagi dan mendapati berlaku kebocoran pada siling sebelum memaklumkan kepada pihak sekolah dan menghubungi pasukan bomba dan penyelamat.

Ketika kejadian, tiada murid atau guru di tempat kejadian dan kesemua murid kelas itu yang berjumlah 17 orang ditempatkan di bilik tayangan dan perpustakaan untuk sementara waktu atas faktor keselamatan.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka berkata, seramai 19 anggota termasuk pegawai operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 10.55 pagi.

“Runtuhan siling dipercayai berpunca daripada kayu kerangka bumbung yang rosak dimakan anai-anai lalu menghempap siling kedua sehingga mengakibatkan berlaku runtuhan,” katanya. - UTUSAN ONLINE