Sidang akhbar itu akan diadakan di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang di sini oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.


Sementara itu, sehingga pukul enam petang ini, operasi mencari dan menyelamat masih belum menemukan sembilan anak kapal berkenaan.


Dalam pada itu, warga Markas Wilayah Laut 1 mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin bagi memohon kelancaran operasi mencari dan menyelamat sembilan anak kapal KD Perdana.


Solat hajat dan bacaan Yasin berkenaan diadakan selepas solat Zohor di Surau Al-Iman Pangkalan TLDM Tanjung Gelang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE