Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd. Rizal Buang berkata, kelima-lima mangsa terdiri daripada dua warga tempatan dan tiga warga Pakistan berusia antara 19 hingga 32 tahun itu ditemukan kira-kira pukul 9.50 malam.

“Kita menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.50 malam dan empat anggota bomba bertugas dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pasukan penyelamat mendapati loma mangsa termasuk seorang lelaki itu sesat namun sejam kemudian mereka ditemukan selamat dan dibawa turun ke kaki bukit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kemua mangsa dibenarkan pulang selepas disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan oleh pegawai perubatan. - UTUSAN ONLINE