Badan pemantau has asasi manusia Syria berkata, sebanyak 14 orang awam mengalami kesukaran bernafas selepas jet pejuang Syria menyerang Kampung Al-Shifuniyah di wilayah yang dikepung tentera kerajaan itu.

Ketua badan itu, Rami Abdel Rahman berkata, seorang kanak-kanak maut manakala seorang wanita dalam keadaan kritikal selepas serangan yang menurut doktor tempatan dipercayai menggunakan gas klorin. - AFP