Mangsa, Carles Lagan, 26, yang merupakan pelayan bas ekspres tersebut maut di tempat kejadian akibat cedera parah di seluruh badan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pulul 3.30 petang dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikerjarkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan 12 warga Singapura dan tiga warga tempatan.

“Kesemua mangsa yang diselamatkan akan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE