Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima maklumat kejadian tersebut pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

“Mangsa berusia 16 tahun difahamkan datang bersama bapanya yang menjadi jurupandu arah untuk ke tempat perkelahan di sini.

“Bagaimanapun, mangsa dikatakan sedang duduk seorang diri di atas batu, dihempap sebatang pokok ekoran tanah susur di belakangnya,” jelas kenyataan itu.

Tambahnya, 9rang awam yang berada di tempat kejadian berusaha membantu mengalihkan pokok dan mengeluarkan mangsa sebelum kehadiran pasukan bomba.

“Salah seorang pengunjung di situ merupakan doktor lantas membuat pemeriksaan awal ke atas mangsa yang didapati tidak dapat diselamatkan akibat kecederaan dalaman teruk.

“Doktor itu mengesahkan mangsa telah meninggal di tempat kejadian,” ujarnya.

Menurutnya, pasukan bomba yang tiba kemudian membawa mayat mangsa keluar dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada pukul 5.10 petang tadi,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE