Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.30 pagi tadi sebelum jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

Ujarnya, kejadian melibatkan dua warga Indonesia, dua Bangladesh dan seorang lagi warga asing yang tidak dapat dikenal pasti identitinya.

“Kita dapati kejadian terjadi selepas tiang besi bangunan tiga tingkat yang masih dalam pembinaan itu terjatuh ketika kesemua mangsa sedang melakukan kerja pembinaan.

“Anggota bomba melakukan kerja-kerja penyelamatan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan sebelum seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE