Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 3.23 petang sebelum enam anggota bersama satu jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Tiga mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu adalah seorang lelaki yang merupakan pemandu van sekolah serta dua murid lelaki.

"Ketika pihak kami tiba di lokasi kesemua mangsa diselamatkan oleh orang awam yang berada di lokasi," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, seorang murid lelaki yang mengalami cedera ringan diberikan rawatan awal anggota bomba sebelum dihantar ke Hospital KPJ Damansara oleh keluarganya. - UTUSAN ONLINE