Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 2.53 petang.

Katanya, anggota yang tiba di lokasi kejadian mengeluarkan mangsa yang tersepit dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Tiga mangsa lain yang cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk rawatan. Operasi tamat pada pukul 4.42 petang," katanya. - UTUSAN ONLINE