Kemalangan melibatkan sebuah lori membawa minyak diesel dan lori muatan barang runcit.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 8.51 pagi.

Katanya, ketika tiba di tempat kejadian di dapati kedua-dua buah lori sedang terbakar.

"Terdapat seorang mangsa yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

"Operasi memadam kebakaran melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River yang dibantu anggota dari BBP Tapah dan Bidor," katanya.

Sementara itu, rakaman kebakaran kedua-dua kenderaan tersebut tular di media sosial.

Dalam sebuah rakaman video, seorang pengguna lebuh raya yang melalui kawasan kemalangan sempat merakamkan keadaan mayat mangsa kemalangan tersebut yang terbaring di tengah-tengah lebuh raya dalam keadaan rentung. - UTUSAN ONLINE