Kejadian kira-kira pada pukul 2.30 petang itu mengakibatkan Siti Aminah Yahaya, 22, meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala mangsa yang cedera ialah kakak Siti Aminah, Shitoh Yahaya, 35, dan tiga anaknya iaitu Nurul Najwa Zamri, 15; Nurul Syifa, 18, dan Nurul Aaira Umaira, 1.

Turut cedera ialah anak saudara Shitoh, Nurul Marsya Irdiana Mohammad Akimie, 4, dan Nurul Hidayah Mohammad Jalaluddin, 9.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Perodua Myvi itu dipercayai masuk ke laluan bertentangan secara mengejut sebelum bertembung dengan sebuah lori.

"Penumpang hadapan kereta meninggal dunia di tempat kejadian dan enam penumpang mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, semua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk mendapatkan rawatan.

"Bagaimanapun, pemandu lori berkenaan yang berusia 40 tahun tidak mengalami kecederaan," jelasnya.

Mohd. Rozi menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.