Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi itu mengakibatkan empat lagi pekerja binaan iaitu tiga warga Indonesia dan seorang warga Bangladesh berusia antara 20 dan 35 tahun cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Hulu Sela­ngor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila struktur besi pada rangka bangunan berkenaan runtuh ketika kese­mua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pembinaan.

Menurutnya, mangsa yang ma­ut berusia 18 tahun ditemukan di bawah rangka besi binaan selepas pihaknya dengan bantuan anggota bomba menjalankan misi pencarian.

“Siasatan awal mendapati tem­pat kejadian merupakan sebuah bangunan kilang dua tingkat yang dalam pembinaan untuk sektor pengeluaran barang-barang automotif. Punca kejadian masih dalam siasatan oleh pihak juru­tera.

“Mangsa maut yang dalam kejadian itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat manakala empat lagi disahkan hanya mengalami cedera ringan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.