Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Rusmini Mohd. Razali,47, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, ketika kejadian, kereta Perodua Kenari yang dipandu anak mangsa datang dari arah Kota Bharu menghala ke Kadok.

Katanya, setibanya di tempat kejadian, kereta berkenaan telah berhenti ditengah-tengah garisan putih untuk memasuki simpang ke kanan.

“Semasa sedang berhenti sebelum membelok ke kanan, sebuah lori yang datang dari arah yang sama telah hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar kereta yang dinaiki mangsa.

“Akibat perlanggaran berkenaan, kereta yang dinaiki mangsa terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan dua lagi kenderaan sebelum mangsa tercampak di tengah jalan,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail berkata, dua lagi mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk rawatan lanjut.

“Setakat ini siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - UTUSAN ONLINE