Timbalan Pengarah Operasi Wilayah Maritim Utara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zulinda Ramly berkata, terdapat empat awak-awak dan tekong dalam bot nelayan tersebut ketika kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3 pagi.

"Kejadian berlaku ketika mereka menarik pukat sebelum bahagian belakang bot mereka dilanggar sebuah kapal dagang yang dalam perjalanan ke arah utara Semenanjung.

"Sebelum kapal karam, kesemua mangsa sempat memakai jaket keselamatan... mangsa yang mati dan hilang dipercayai disebabkan keletihan.

"Mangsa yang selamat dan mayat itu dijumpai bot nelayan lain," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE