Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu, 4x4 jenis Mitsubishi Triton yang dinaiki mangsa, Law Teck Chin, 31, telah melanggar Toyota Avanza dan Toyota Vios yang berada di laluan bertentangan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, mangsa tersebut yang duduk di kerusi penumpang hadapan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu 4x4 dan Toyota Avanza tidak mengalami kecederaan manakala pemandu sebuah lagi kereta masih menerima rawatan.

“Kes ini masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Seorang maut, 4x4 langgar dua kenderaan lain. - UTUSAN ONLINE