Mangsa, Muhamad Nur Shafiq Kamil Mukmin,18, meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke Hospital Sungai Buloh.

Terdahulu, rakannya, Mohamad Faridzuan Shariff, 20, maut di lokasi kejadian.

Lima lagi mangsa lain yang cedera masih menerima rawatan di Hospital Tanjung Malim dan Sungai Buloh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, berikutan kejadian terbabit, seorang pemandu treler berusia 30 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

"Permohonan reman akan dilakukan terhadap suspek esok bagi siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE